Saturday, 30 June 2012 | 20:45 | 3 Cakap selagi boleh
ASSALAMUALAIKUM :)
Dah berkurun lama tak update blog ni. bersemangat ni. semangat :p actually tak pun, cuma ada sorang makhluk Allah ni suruh aku update. kalau aku tak update dia tak habis habis nak perli aku pasal salah lorong and kalah perbarisan. KALAH K KALAH. dan aku sangat FRUST. berhari hari kitaorang berlatih then miss class math apa semua last last kalah. sangat kecewa. patah seribu... hatikuu~ ergh -.- kenapa word ni warna MERAH? itu sebab aku rumah DELIMA! GO GO! cehh, walaupun rumah delima kalah. ehem. redha jela. bukan rezeki kot weh :) apa apa pun, takpayah la nak perli nak kutuk rumah delima. tanpa rumah delima, tak kan cukup rumah sukan dekat smk shahbandaraya itu. sedar itu ya. hakikat :p dengar sini ya, semalam punya semalam. hari khamis, 28 Jun. ada hari sukan. ya. hari sukan. dan jangan terkejut saya masuk lari. 4x100m dan 100m. alhamdulillah 4x100m saya dan kawan kawan saya menang no 2. dan 100m, no 4. eh, okay what! no 4. aku ada, kau ada? :p hehe, saya letak medal yang saya menang dalam almari kaca. ayah nampak, then dia kata. 'fuyoo! lari dapat no 2? laju nya atlet ni lari' wahh. bangga ni bangga. syukur alhamdulillah aku dapat habiskan acara dengan lancar :') ya ya, balik pada topik asal. masa lari 4x100m cikgu suruh pelari kedua iaitu saya, nadia dan yang lain pergi ke track masing masing. then kitaorang pun pergilah. dah ready semua, dah ready nak lari ni. dah lari tu, last last. ada pelari pertama ni boleh pulak salah lorong. emm, aku macam. aihh, budak ni -.- tapi takpelah, bukan salah dia. salah satu team k. pelari kedua ketiga dan keempat dah betul dah. pelari pertama salah track pergi track no 6. aduduh. takpelah. past is past. lagipun. kitaorang dah menang apa? okay ah tu :) tapi yang perbarisan tu, kecewa. hmm. padahal kitaorang comel apa cat muka macam mouse? *nampak tak aku perasan comel. heh, lupakan itu :p menari lagu tango semua. dah okay dah. cuma terabur sikit je. hehe. dah la tu. sakit tangan. bye. harap anda berpuas hati ya saya dah update blog ni wahai encik yang menyuruh. assalamualaikum.
