WELCOME TO MY BLOG.ENJOY HERE! | Dashboard | +Follow

Gorgeous
About◕ Links◕ Stuff◕ Entries

________________________________________________________________________________________
Monday, 16 June 2014 | 22:54 | 0 Cakap selagi boleh

Assalamualaikum. Hi.

Dah lama tak tulis sbb lappy kesayangan kena gi klinik (kedai) hehe. Aku tgh makan kit kat sambil tulis ni ok. Em saja nak bagitahu. Kalau nak sila beli di kedai berdekatan. Terima kasih.

Ingat tak entri yg lps aku ada ckp pasal “jgn dah takde baru nak menyesal” guess what? Benda tu happen dkt aku skrg ni. And now aku sendiri menyesal. Aku sendiri tak tahu nak buat apa. Buat kata aku sendiri “nak menyesal pun dah tak guna” kan. Aku hilang kawan baik . baik sgt. Walaupun dia selalu kata dia jahat tapi aku tahu dia tak. and aku sendiri pun tak tahu sbb apa sebenarnya dia mcm tu. Cuma satu hari tu dia kata dia perasan something. Aku tak tahu apa yg dia perasan. Sbb curious sgt aku reply la dgn bersungguh2. Lastnya dia tak reply. Aku pun spam la apa lagi en. ((salah satu hobi spam ws org)) and lps beberapa jam mcm tu barulah dia reply. aku text apa semua. Cuma tak call jelah sbb nanti mengganggu pula. Dia reply sbb dia dah annoyed agaknya kot. Jawapan yg dia bagi tak memuaskan hati langsung sebenarnya. Seharian tu aku rasa serba salah and tak sedap hati nak nangis pun ada hahaha ciweknya. Blergh. And act sampai skrg ni pun. Rasa sedih nya ya Allah jangan ckp la. Mana tak nya, dia faham, dia care, and dia dah kenal sgt aku ni mcm mana.  Bila dia takde rasa mcm ada something yg hilang. Serious tak tipu. Dah hari2 ws bila sehari tak ws rasa awkward sgt. Rasa ada benda yg tak buat. Hari2 buka ws tgn ni nak je taip “weh” tapi bila ingat tgh gaduh terus tak jadi. Bukan ego. Cuma aku taknak dia makin annoyed. Buka ws nak tgk last seen nya. Aku tak tahu apa aku dah buat. Sebelum ni kitaorg okay je. Gaduh pun tak pernah sampai tak bertegur lama sampai mcm ni. Aku still tunggu kau punya “nanti kau tahu” persoalannya, bila kau punya “nanti” tu? Bila? Lalu sebelah dia tadi pun haih Allah je yg tahu mcm mana dlm hati aku ni. Nak je aku tegur kau mcm selalu. Sorry tapi aku jenis org yg kalau syg ke apa ke tak ckp. Tapi aku tunjuk ke bagi hint ke. Faham tak? Selalu tanya, sayang  tak? Rindu tak? You’re my bestfriend so kenapa tak sayang pula? Kenapa tak rindu pula? Kalau tak rindu aku tak reply ws selalu. Kalau tak sayang aku tak care pasal dia kalau dia ckp ada problem ke sakit ke semua lah. Bila aku fikir2 balik semua apa dia pernah ckp dkt aku. Aku terfikir satu benda ni. Tapi bila aku tanya dia haritu,dia tak jawab. Skrg bila dah lama2 baru aku tahu maksud dia “nanti kau tahu juga” and skrg aku dah tahu. Aku dah faham. Cuma aku tak pasti benda yg aku faham ni betul ke tak sbb dia tak pernah serious bila aku tanya and dia selalu ckp "entah la". Aku tak sepatutnya ckp ni tapi aku selalu harap dia ws aku and semua benda jadi normal and mcm biasa balik.  Skrg aku dah confuse dgn semua benda. Tolonglah jelaskan. Aku tak tahu la kalau dia baca blog ni ke tak. Tapi kalau di baca, alangkah bagusnya. Dulu dia pernah kata “aku tak pernah tutup blog kau weh” and aku harap sampai skrg pun mcm tu. jangan la tinggalkan semuanya mcm tu je. Aku harap sgt sgt sgt sgt sgt semua boleh jadi normal balik. Mcm selalu tu. rindu weh. Rindu bila dia tanya aku okay ke tak. Rindu nak share cerita. Rindu semuanya. aku nak tegur dulu tapi aku takut dia belum okay. Hm harap harap skrg dia dah okay, ws aku and everythings back to normal. ((bertambah tambah emo bila tgk cerita heart siri2 dkt astro ria pukul 6.30 ptg tu)) im sorry. 




________________________________________________________________________________________
Tuesday, 3 June 2014 | 20:55 | 0 Cakap selagi boleh
Bismillah.

Assalamualaikum. Hi.

Nk baca satu cerita tak Okay harini kita cerita jela takyah dgr pasal aku. Aku tahu engkorang muak tp taknak ckp lol. Okay okay ni cerita ye. Takde kena mengena dgn sesiapa pun. Anggap la rekaan semata mata. okay skrg silakan.

Ada sorg budak perempuan & lelaki ni. Aku dah lupa mcm mana diorg kenal and bila. ((aku tak hafal sgt tarikh nya)) start dgn kawan biasa. Biasa sgt. Kasar. Tu first impression perempuan ni. Mana tak nya. Ckp pun sempoi gila. Agak kasar bahasanya kdg2. Then makin lama makin kerap diorg borak. Dulu zaman facebook lagi katanya. Haha so message dkt fb lps tu text. lelaki tu layan perempuan ni baik. Dia care pasal perempuan ni. Sekali tgk mcm abg adik pun ada. Mcm boyfriend girlfriend pun ada ((konon)) hahaha okay lps tu diorg ni ada la juga persamaan. Antaranya kuat makan, suka kucing, and ada lagi tapi tak ingat sgt. Cuma lelaki tu lebih la ((nama pun lelaki)) personality diorg dua ni act berbeza. Tp cane tah boleh ngam. Dah lama lama borak text skype apa semua jadilah kawan rapat tp bukan couple couple semua tu. Lagipun diorg dua ni dah ada cinta hati memasing. dah rapat tu em biasalah mesti ada salah sorg yg akan ckp suka. Tu bukan tujuan utama cerita ni so lupakan. Mcm mcm la happen sepanjang persahabatan diorg ni. Masing2 dah kenal sgt perangai satu sama lain. Apa yg dia suka apa yg dia tak suka. Semua lah. Dah masak dgn perangai masing2. Pernah gaduh? Pernah asal pula tak pernah. Haha nama pun kawan. Mesti pernah gaduh. Almost everyday gaduh sebenarnya dorang ni. Pasal starbucks pun boleh gaduh ha bayangkan. Tp taklah gaduh besar. Eh jap ada pernah sekali gaduh besar. Tu pun tak lama. Kejap je lps tu dah okay. Skrg ni dah masuk 5 tahun dorang kawan. Lama la juga. Aku pun terkejut boleh tahan lama centu hahaha okay tujuan utama cerita aku nak ckp pasal pickup line lelaki ni hahaha best la juga tp perempuan tu tak pernah minat dgn pickup line lelaki ni. Aku tak tahu knp. Pelik. Antara pickup line nya haha lawak tp korang baca jelah ((aku baca pun tergelak)) ;

- “sebelum ni saya rasa klcc lah antara yg terhebat di Malaysia. Tapi lepas nampak awak baru saya tahu benda yg terbaik itu ialah awak”

- “aku hilang di lautan cintamu”

- “kalau saya boleh pilih antara awak dan Lamborghini, awak nak tema kahwin yg mcm mana?” ((yg ni aku gelak sbb tak faham dan takde kena mengena pun))

- “aku sesat dlm hutan cintamu tanpa hala tuju”

- “tanpa kompas aku menuju ke arah cahaya yg tidak ku sangkakan itu adalah kau”

- “my future is my choice but not you. You’re the chosen one for me”

Lagi satu ayat biasa yg lelaki ni guna yg perempuan tu dah ‘masak’ sgt ;

- alaaaaaaaa

- malas

- “weh” “kenapa?” “takde apa” ((bila aku baca, aku pun rasa cam annoying nya kawan mcm ni hahaha))

- lapar


Sampai skrg lelaki & perempuan tu still jd best friend. 5 tahun ko jgn memain haaa. Tp aku dgn nadia,my bestfriend, lagi lama act almost 7 tahun kot heheh Alhamdulillah. Thanks juga untuk syarifah mila farra & marsya. Walaupun kenal dkt smks tp dah jd bestfriend aka gkd hehehe. Tak kesah la lelaki ke perempuan. Hargai la sahabat selagi diorg masih ada dkt dgn kau. Jgn bila dah takde baru perasan lps tu nak menyesal. Cerita di atas tu hanya untuk hiburan semata mata. Jgn amik serious ye.

anzhsn



________________________________________________________________________________________
Monday, 2 June 2014 | 18:08 | 0 Cakap selagi boleh


Assalamualaikum. Hi.

sebelum ckp pasal study abroad ni kan. jap hahaha ya Allah bila baca balik post yg dulu dulu time form 1 form 2 lawak gila. aduh. merepek nya -- ada capital capital la hape la. berangan lebih. yela dulu takut nak tulis nama betul betul kang serba tak kena. skrg ni ha senang sikit. nak tulis boleh straight to the point. takyah nama gelaran. sbb apa? sbb diorg semua dah lupa kewujudan blog ni hahahaha 





okay okay back to study abroad. pernah tak terfikir nak study abroad? aku pernah and sampai skrg teringin. nak study dkt Mesir, UK or tempat tempat yg ada salji heheh teringin sbb boleh pakai baju cam yg kat dlm tv tu. coat dgn boot tu kan hahaha ((maaf kuat berangan)) lagi satu makanan dia. kalau dkt negara omputih tu makanan dia susah sikit tp takkan takde satu pun. boleh makan makanan western la kan kononnya. kalau dkt negara arab pula boleh makan makanan arab. nasi arab. ya Allah nikmatnya hahaha. sambil taip ni pun kecur air liur. emmm lagi apa yaaa. haa! dulu kan hahaha ni cerita lawak la ye. pernah berangan la kononnya kalau study abroad boleh jumpa retis kat sana...

 emma watson

ariana grande

and lagi satu emmm heheh

indah sungguh ciptaan Allah. haaaaaaaaaaaaaaaa konon jela. hahaha dulu kecik2 mana tahu kemungkinan yg 0.0000000001% nak jumpa retis kat sana. ingatkan sambil menyelam minum air. tp bila fikir balik kos, homesick, makanannya ha agak payah. ni pendapat aku la ye. hmm so kesimpulannya study dkt mana mana pun sama je. harapan nak study abroad tu still ada. cuma berdasarkan pengalaman org yg study abroad ni, hidup agak mencabar hahaha emmm yg penting niat, usaha tu semua. kena seimbang la. faham tak? tak faham tanya kawan,search google ke suka hati lah. 

-takleh nak taip panjang panjang sbb penat, fyi org yg tgh taip ni baru pulang dari holiday. harap maaf. lagipun idea takde time time mcm ni 

anzhsn
________________________________________________________________________________________
Friday, 30 May 2014 | 23:39 | 2 Cakap selagi boleh


Bismillah.

Assalamualaikum, hi 

          Oooookayyy comeback last year itu sgt lah tidak menjadi nampaknya. sbb apa? sbb malas. lagipun time tulah nak rehat. rehat kan minda lps pmr ((kononnya)) lps pmr dulu dlm minda ni asik set "takpelah, tahun dpn form 4, tahun honeymoon" em act bukan honeymoon spt yg disangka. perit sungguh kebenaran itu tapi kenalah hadapi. takkan nak lari. pelajaran tahun ni lebih menyedihkan drpd zaman form 3 dulu rupanya. dulu masa form 3 yeye nak cpt habis pmr. ha skrg hambik ko. dulu math je pun dah rasa nak hantuk kepala kat dinding. lagi lagi tajuk circle. aku ingat sbb tajuk tu susah beno. skrg ni ha add math. matematik tambahan. TAMBAHAN. dulu 3x-2=9 je skrg log26 + log 3 = xy la mcm mcm. ruang nak buat jalan kerja pun dah boleh lukis satu muka org. dah ada math asas gi tambah tambah nak buat hape kan? itu satu hal ye. seriously form 4 bukan masa untuk main main. aku tahu kebanyakan pelajar be like "malas ah nak study, lama lagi" "lek lah tahun ni takde exam" ((kebanyakan tu termasuk aku lah kan)) sebenarnya setahun tu taklah lama mana. pejam celik je dah f5 lps tu spm. kau bayangkan lah. aku takleh bayang sbb seram. dgn harapan family yg melangit, mmg 'harapan' lah nak main main. even parents kita tak ckp betapa tingginya harapan diorg dkt kita, kita kena lah faham faham sendiri. mana ada parents yg nak tgk anak dia gagal, betul tak? jgn selalu ckp diri tu tak boleh. lps kau dah usaha, tawakal. Man jadda wajada ; siapa yang berusaha akan dpt hasilnya. insyaAllah. ni peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. heheh. 

          Makin bertambah umur ni, maka bertambah la pengalaman hidup, ilmu pun makin bertambah, alhamdulillah. kalau dulu, ya Allah, hahaha pelik sungguh. tadi sempat la stalk facebook sendiri ((pelik tp benar)) check balik message kat fb tulisan pun masih mcm ni "ak x tau larh" haaa engko jgn memain wempitz juga tulisannya dulu. kawan pun sama. act kalau nak cerita pasal kawan kena ada satu tajuk khas. tp takpelah biar aku buat rumusan sikit. makin dewasa, makin ramai kawan & makin kenal siapa kawan siapa lawan. istilah lawan tu tak semestinya musuh. guna word "lawan" tu supaya semua faham. harap faham la ye. rasanya tak payah la list kan siapa kawan kawan tu. sendiri lah terasa kalau rasa awak tu kawan kita. dulu selalu dgr senior senior kata "form 3 la masa paling sedih" lama juga aku fikir knp. skrg baru faham. sbb kena pisah dgn kawan. ada yg pindah sbp la teknik la. semua dah berpecah. mmg sedih tp bak kata azra "pisah sementara demi masa depan weh" & mmg betul. life must go on. ya one more thing, belajar hargai & hormat org lain. jgn bila dah takde baru nak menyesal time tu dah tak payah dah, simpan jelah rasa menyesal tu. 


________________________________________________________________________________________
Saturday, 23 November 2013 | 20:58 | 0 Cakap selagi boleh
Assalamualaikum. Hi evelibodii. muahahahaha :p okay okay. jangan ternganga ye semua. aneez buat comeback. yes. tapi bukan mcm comeback shinee or exo(wolf) or apa apa jelah. ni comeback lepas lama menyepi. cehwah. okay setelah agak agak setahun dua bulan la jugak aku tak update blog ni. bukan nya dah berhabuk malah dah bersawang. cerita aku? pasti lebih berbeza dan lebih matang. malah lebih panas sensasi meletop katakau. hihihuhuhoho. aku? matang? memang tak la skrg. skrg belum lagi. 10 tahun lagi? mungkin. hahahahaha. okay aku ni asik gelak je. maaf maaf. kalau korang baca post aku yg lepas lepas tu kan, mmg tak matang sungguh dan agak memalukan. tapi satu soalan korang baca ke post aku semua? hohohoho perasannya aneez yang comel lotey ni. kahkahkihkih. okay stop muntah tu. and jangan meluat sgt. semua ciptaan Allah kan comel comel dan cantik cantik belaka *blinkblink* okay ada satu cerita ni. baca tau baca. seperti yg semua pelajar pelajar tahu, ni kan bulan november. jadi musim apa agak-agak? ha ha fikir........ musim CUTI lah. takkan musim bunga. hahaha okay tak kelakar. hambar sgt. hihihi. musim cuti kalau apa yg akan berlaku pada diriku? mestilah nafsu makan ku yg tak dpt ku kawal. huwaaaa :((((( cedih tahu cedih. apa sudah jadi? pastinya berat badan ku naik dan jadi mcm belon rasanya. haaa. itu lah ceritanya. cerita aneez yg tak sensasi mana pun bagi korang kan. hehh. okay lah. aku nak tengok mastercheff. sambil makan. makan apa? makan famous amos. jangan jealous. okay bye! assalamualaikum semua yg membaca :) minum dulu. hikhik :p













________________________________________________________________________________________
Monday, 17 September 2012 | 12:18 | 0 Cakap selagi boleh
ASSALAMUALAIKUM :) 
22 september? hari apa tu? tutup mulut tu, takyah terlopong cenggitu :p itu tarikh hari jadi aku hari sabtu ni lah. hadiah? *wink  ^.^ 19 september ni pula birthday mila @ mei mei yang cantik. lol. kalau nak dia baik dengan kita, ugut dia taknak bagi hadiah. dia terus buat muka comel. lepas hari jadi aku, 23 sept. kitaorang celebrate dekat PH. untuk orang tu, MPH lah ya :p bukan bukan, bukan kedai buku, lain. kitaorang? kitaorang tu ada la 2,3 orang. cewah, padahal 20 orang wooo (O.O) aku dengan mila free je. wuyoo, besttt! :-) thanks to jarjit, kawan baik ipin, dan upin, kembar ipin. iloveyou :*  korang gi jj kan harini? buat apa tah. hmmm, okay, nak wish sekarang boleh? semoga 23 sept. nanti, semuanya berjalan lancar and happening. hope semua orang gembira, no more merajuk, no more marah marah. semua orang kena happy. especially kami berdua. birthday girl ni. ceh, nampak tak aku excited :p k, dah lama tak update blog act. orang busyy. eh? kot. hehe, byeeeeeeeee :)

________________________________________________________________________________________
Saturday, 30 June 2012 | 20:45 | 3 Cakap selagi boleh
ASSALAMUALAIKUM :)

Dah berkurun lama tak update blog ni. bersemangat ni. semangat :p actually tak pun, cuma ada sorang makhluk Allah ni suruh aku update. kalau aku tak update dia tak habis habis nak perli aku pasal salah lorong and kalah perbarisan. KALAH K KALAH. dan aku sangat FRUST. berhari hari kitaorang berlatih then miss class math apa semua last last kalah. sangat kecewa. patah seribu... hatikuu~ ergh -.-  kenapa word ni warna MERAH? itu sebab aku rumah DELIMA! GO GO! cehh, walaupun rumah delima kalah. ehem. redha jela. bukan rezeki kot weh :) apa apa pun, takpayah la nak perli nak kutuk rumah delima. tanpa rumah delima, tak kan cukup rumah sukan dekat smk shahbandaraya itu. sedar itu ya. hakikat :p dengar sini ya, semalam punya semalam. hari khamis, 28 Jun. ada hari sukan. ya. hari sukan. dan jangan terkejut saya masuk lari. 4x100m dan 100m. alhamdulillah 4x100m saya dan kawan kawan saya menang no 2. dan 100m, no 4. eh, okay what! no 4. aku ada, kau ada? :p hehe, saya letak medal yang saya menang dalam almari kaca. ayah nampak, then dia kata. 'fuyoo! lari dapat no 2? laju nya atlet ni lari' wahh. bangga ni bangga. syukur alhamdulillah aku dapat habiskan acara dengan lancar :')  ya ya, balik pada topik asal. masa lari 4x100m cikgu suruh pelari kedua iaitu saya, nadia dan yang lain pergi ke track masing masing. then kitaorang pun pergilah. dah ready semua, dah ready nak lari ni. dah lari tu, last last. ada pelari pertama ni boleh pulak salah lorong. emm, aku macam. aihh, budak ni -.- tapi takpelah, bukan salah dia. salah satu team k. pelari kedua ketiga dan keempat dah betul dah. pelari pertama salah track pergi track no 6. aduduh. takpelah. past is past. lagipun. kitaorang dah menang apa? okay ah tu :) tapi yang perbarisan tu, kecewa. hmm. padahal kitaorang comel apa cat muka macam mouse? *nampak tak aku perasan comel. heh, lupakan itu :p  menari lagu tango semua. dah okay dah. cuma terabur sikit je. hehe. dah la tu. sakit tangan. bye. harap anda berpuas hati ya saya dah update blog ni wahai encik yang menyuruh. assalamualaikum. 



                                                           
PAST ♠ FUTURE


_______________________________________
◕ Little Word ◕



Hi, my name is Aneez, 17. Feel free to navigate :)) Put ur footprint at my cbox! _______________________________________
◕Wanna jump? Here!◕