Friday, 2 January 2015 | 14:00 | 0 Cakap selagi boleh
Assalamualaikum & hi.
Baca balik post yang sebelum sebelum ni, hahaha ya Allah weh
kelakar nya aku. Ada peluang masuk maharaja lawak mega tau. Cuma tak menang je.
Bila baca balik first post rasa macam “ei siapa tulis ni?” “budak budak pun tak
tulis macam ni”. Tapi nak buat macam mana jari jari aku juga yang dulu menari
nari atas papan kekunci (keyboard) ni menaip semuanya. ayat novel tau aku guna
jangan main main kau. Sejak dua menjak tiga empat menjak ni kan, aku rasa macam
nak menulis lah. Maksud aku bukan tulis benda yang sia sia. Rasa macam nak
tulis novel macam tulah. Mungkin salah satu faktornya sebab aku minat baca
novel, ataupun sebab aku bosan je masa cuti ni.
Ok bukan
bosan, tapi banyak masa lapang. Jangan la tanya aku “tak study ke? this year
kan spm” takpe takyah tanya. Hahaha perih pedih perit semua lah soalan macam
tu. study tu study tapi kan biasalah godaan laman sosial, televisyen semua
payah & berat untuk aku katakan tidak. Lagipun aku rasa macam ada banyak
cerita dalam kepala aku ni. Yang aku pelik idea aku keluar membuak buak
melimpah ruah masa dah nak tidur. Baru nak
lelapkan mata mimpikan pelangi dan awan yang fluffy dan aku menunggang unicorn tu ha
time dula datang idea. Masa masa macam tu ko rasa rajin pula la diri aku ini untuk
bangun lalu amik kertas dengan pen lepastu tulis? Jawapannya mudah. Tak. Tapi time
petang petang pun ada idea nya. Cuma mood nak menulis tu yg takde. Banyak betul
masalah aku semua tak kena kan. Aku tahu ko nak cakap tu heheh.
As you can
see post aku yang lepas, bertarikh 26/12 iaitu tahun lepas hahaha acah tahun
lepas padahal ni baru 2 jan 15 hahahaha tapi fakta lah kan tahun lepas tu. okay
sebenarnya memang you cant see sbb aku dah delete post yg baru ni. Sebab aku rasa
kemahiran menulis aku untuk post yang lepas mcm so so je lagi. Boleh dikatakan
aku malu lah sbb aku belum mahir guna ayat novel hahaha. Cerita dlm post yg
lepas tu pun boleh kata salah satu bab dlm novel yg bermain di minda aku. Kadang
kadang aku confuse which kind of sentence should I use. Yang formal like
typical malay novel or yang lebih santai. You know buku yg ayat dalam tu boleh dikatakan ayat yang kita guna seharian atau dikenali
dengan bahasa pasar kebanyakkannya. Sbb ada orang boleh terima and ada org tak.
Ada yang rasa lebih relax baca buku yang ayat nya lebih santai tp ada yang rasa
kalau guna bahasa mcm tu budak budak tak tahu dah proper malay. FYI aku pun
prefer buku yg lebih santai. Senang faham hehe.
Tapi
lepasni cerita yang rekaan aku tak tulis dah dekat sini. Kalau nak tulis aku baiki dulu bahasanya lulz. Dari dulu aku ada cita cita nak tulis satu novel
pasal seorang perempuan sebaya aku. Yang ada banyak suka duka, macam mana dia
jatuh lpstu bangun, pelajaran, keluarga, cinta semua dalam satu. Sebenarnya nak sambung cerita yang pasal kena
tinggal haritu tapi biasalah mood belum datang. Hahaha sampai sini dulu. Bye.