WELCOME TO MY BLOG.ENJOY HERE! | Dashboard | +Follow

Gorgeous
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Tuesday, 2 June 2015 | 23:20 | 0 Cakap selagi boleh
Assalamualaikum & Hi.

Saja je nak update harini, 2/6 sbb last post 2/1. So, yeah dah 5 months tak update blog terchenta ni. kehidupan aku? macam biasa. alhamdulillah cukup semua anggota untuk jalani hidup yang penuh liku, apa aku merepek pun tak tahu. saja merapu sikit supaya introduction nampak panjang. actually post ni tiada tujuan atau sebab yang tertentu seperti aku dah makin comel atau pakwe aku lari dan sebagainya. tapi kalau nak diikutkan makin comel tu yelah kan sebab air wudhu' hahahahahahaha ok agak hambar, walaupun hambar bagimu dan bagiku jua namun itu adalah fact atau fakta. amik wudhu' selalu nanti muka berseri. tak perlu collagen itu dan collagen ini. insyaAllah berkesan dengan izin Allah. okay lah post ni sengaja di-post untuk mengisi masa lapang dan lapar. mari kita throwback sikit kejadian yg berlaku pada hari jumaat yang lalu.


jumaat last week iaitu 29/5 sekolah aku buat sambutan hari guru. okay disebabkan tahun ni senior year (cewah) aku pun harap la dapat sambut hari guru yg diadakan dgn gilang gemilang dan serba mewah itu. semua dah ready la sehari sebelum hari kejadian tu kan. aku tolong masukkan hadiah untuk semua guru di bilik pengawas (im a prefect) apa semua dan lepas dah bersusah payah dengan berpeluh panas penat semua pukul 11 pergi pula bilik muzik untuk latihan koir. hahaha ada sebab kenapa aku masuk koir secara mengejut tahun ni. panjang ceritanya but to make it short aku dijemput masuk kumpulan koir sekolah dengan satu panggilan dari cikgu aku. aku pun setuju sebab mcm aku ckp td lah, this is my senior year so i wanna do something special for all my teacher. kohnon nya lah. semua okay sampai pagi jumaat tu. perut aku tetiba sakit. tapi time tu sakit dia biasa biasa jela. so aku pun ingat sakit tu temporary je kejap lagi hilang la tu. lepas tu aku pun pergi sekolah dengan excited sebab nak sambut hari guru. lepastu sampai sekolah makin menjadi jadi pula sakitnya. and again aku cuba tahan lagi. hahaha punya nak sambut hari guru sampai sanggup tahan sakit ko. bila fikir aku pun gelak.


ok mari sambung cerita tragik bercampur kelakar ni. again aku kena buat kerja dekat bilik pengawas untuk agihkan hadiah semua. time tu sakit perut tu dah tak tertahan lagi. and time tu juga la otak aku ligat fikir aku salah makan ke? makan apa semalam? keracunan makanan ke? biasalah aku kan kalau tak over tak sah. dah tak tahan sangat dah sampai terpaksa baring kat bilik pengawas tu. sakit dia Allah je tahu, dah sampai menggigil tahan sakit. lepastu baru aku cakap nak balik. balik je muntah muntah terus gi klinik. time tu tengok diri sendiri pun takut.  serious hahaha doktor yg baik hati tu bagi aku masuk bilik emergency lalu aku disahkan kena gastric teruk & keracunan makanan. memang sehari tu lembik je dan mereput dlm bilik.

tujuan cerita benda ni nak cakap betapa kecewa dan sakitnya tuh di sini (hati) sebab tak dapat sambut hari guru. hanya mampu tengok gambar selfie bebudak sekolah dengan cikgu lah apa lah. yang paling jeles bila part selfie dengan DATIN aka pengetua sekolah. eeee benci ko paham tak. hahahaha dah excited siap dengan baling bunga tabur koir apa semua, lastnya duduk dalam bilik seharian  tambah dengan sakit hati tengok instagram. hahahaha hanya mampu gelak. tapi takpelah ada hikmahnya. untuk sedapkan hati mari lah lupakan hal ni, dan sekarang dah lewat. aku sepatutnya dah beradu dan bermimpi bersama unicorn sekarang. adios.







PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Little Word ◕



Hi, my name is Aneez, 17. Feel free to navigate :)) Put ur footprint at my cbox! _______________________________________
◕Wanna jump? Here!◕